PART 1
Hai.. Salam konichiwa dari bumi Japan… (Eh..! eh..! dah balik Msia dah pun)
Di atas permintaan sahabat-sahabat jauh tersayang, terpaksa la aku aktifkan balik blog ini untuk berkongsi pengalaman menyeronokkan semasa bercuti di Hokkaido - Sapporo Februari 2018 baru-baru ni. Ikutkan hati, memang malas jek nak menaip bagai ni.. hahaha... Disember 2013, aku dah pernah bercuti di Seoul, Korea (amik pakej) tapi sampai ke la ni tak 'nyempat-nyempat' nak share ngn korang gambar-gambar percutian semasa kt sana. InsyaAllah, ada masa nanti aku kongsi yer walaupun dah basi.. hehehe..
Ok! Entry kali ini aku nak share pengalaman percutian
yg manis semanis-manisnya semasa berada di bumi Sapporo, Japan. Persediaan ke sana memang dah dirancang setahun awal untuk masing-masing start menabung, Ting!!!... (siapa tak menabung mmg tak dapat la joint yer...) dan ofkos la kami dah siap beli tiket tambang murah
Air Asia (bajet dalam RM1200/person) return + makan + luggage... agak murah jugak la
kan..! Thanks so much to my beloved sister kerana
berkorban masa 'beradu' beliau berebut beli tiket online semasa Air Asia tgh buat
promo.. hehe…. Percutian kali ni secara
backpacker, so pandai-pandai la kita nanti, kalo sesat kita pakat sesat berjemaah
ye…! Hahaha….
Excited tgk snow yang memutih kat bawah tu.. iols dah tak sabar u...! |
Mengapa
Hokkaido-Sapporo menjadi pilihan hati?
Jika
dibandingkan tempat-tempat lain di Japan seperti Tokyo dan Osaka, Sapporo
merupakan salah satu bandar di Hokkaido yg menerima paling banyak snowfall
setiap tahun kerana kedudukannya yang terletak di kawasan tiupan cold air
dari Siberia yang membawa freezing temperatures dengan disertai heavy snowfall.
So, probability kita nk tengok, nak sentuh,
nak buat ais kepal or snowman dan nk golek-golek atas snow pun sgt2lah tinggi…haha..
meh kita golek-golek sket!.. |
syioknye boleh sentuh salji |
kanak-kanak ribena menikmati salji |
Kalo korang peminat tegar musim sejuk yang bersalji sangatlah di sarankan supaya plan percutian ke sini kerana snownye yang tebal dan gebus ini boleh buatkan kaki korang tenggelam.. memang syiok! dan kebanyakannya orang Jepun tersangatlah jujur, bersopan-santun, berdisiplin dan berbudi pekerti. So, semasa kat sana korang tak perlu risau kalo sesat ke apa, diorang memang bersedia membantu.. Satu jek aku nak ingatkan kat korang, tolonglah jangan bawak perangai Malaysia korang kt sana, buat malu negara jek nanti! Tolonglahhh... !๐๐ ๐
Pocket
Wifi
Internet wajib kena ada semasa
travel terutama bagi korang yang suka travel tanpa tour guide. So, pocket wifi tersangat-sangatlah penting. So, korang boleh rent melalui link https://www.travelrecommends.com/WiFi_Router/. Recommended!
Kelebihan pocket wifi ni ialah korang boleh share dlm 4 atau 5 orang (x silap aku ler…) dalam satu masa tanpa had, dan ofkos la line speed terbaik.
Penginapan/Hotel
Memandangkan time travel dekat
dgn Chinese New Year, so.. kitorang sepakat booking hotel awal-awal, kot nanti ada
yg kena tido kat tepi jalan pulak kang..! hehehhe… Kitorang menginap di 3
hotel yang berlainan dan memilih berdekatan dgn train station. Harganya ehemm.. ehemm… agak mahal jgk ler!
PREMIER HOTEL TSUBAKI - SAPPORO |
PREMIER HOTEL TSUBAKI-SAPPORO |
Kos keseluruhan hotel : RM4500/= untuk
3 org (My family). Kalo nk bajet boleh
je amik apartment yang murah2 setakat nak tidur baring jer… hehehe.. Kitorang pilih hotel untuk keselesaan kanak-kanak riang ribena yang ikut sekali.
bersambung.....➤ PART 2
bersambung.....➤ PART 2
0 comments:
Post a Comment