πPART 1π
Assalamualaikum.. Annyonghaseyo!
Sorry sangat-sangat, baru jek dapat peluang nak kongsi ngan korang suasana percutian ke Korea Dis 2013, 5 tahun dah berlalu ko....! π so, dgn gigihnya terpaksalah aku rewind momen-momen masa kat sana, harap dapat gali balik la gambar-gambar yang ada sepanjang percutian tu...
Korang tau tak? mesti la tak tau kan.. π it was my first trip abroad, paling dekatpun aku 'bercuti balik hari' kat Takbai, Thailand.. tu pun naik bot secara 'hareeem...' hehehe... kira abroad jugak la kan.. hahaha. aku ke sana ikut pakej QS Travel, abis la jugak RM3K++ (6H 5M), semua ditanggung beres! termasuk tiket flight, penginapan, makan-minum dan tiket masuk ke tempat-tempat pelancongan yang dikenalpasti. Korang juz bawak body je..
Sebaik sahaja sampai di Busan, tourist guide dah ready menunggu ala-ala drama korea gitewww... kami menaiki bas pelancongan menuju ke hotel dan bermalam di Busan sebelum bertolak ke Seoul keesokan harinya.
Gambar blur, sbb dah nak malam, ni ler tempat yang mula-mula agent bawak sebaik saja sampai di Busan |
Busan Tower |
Hanwa Resort, Busan, tempat kami menginap |
Menu lunch |
Ni pulak kat restoran makanan Turkish..sesekali berwerstern la pulak! |
Acara makan-makan bermula..ni kalo mak mertua lalu lalangpun confirm tak sedar..ihiks!
|
BIBIMBAP |
Gambar selepas kejadian.
Ni la dia travel agent kami semasa di Korea, Sofie Onnie. Comel lote jek orangnya, kecik molek... dan peminat Hyun Bin katanya, ahaks!
bersambung...
⇨ Cuti-cuti Seoul, Korea 2013 - Part 2