Wednesday, May 16, 2018

Cuti-cuti Seoul, Korea 2013

πŸ’—PART 1πŸ’—


Assalamualaikum.. Annyonghaseyo!

Sorry sangat-sangat, baru jek dapat peluang nak kongsi ngan korang suasana percutian ke Korea Dis 2013, 5 tahun dah berlalu ko....! πŸ™ˆ so, dgn gigihnya terpaksalah aku rewind momen-momen masa kat sana, harap dapat gali balik la gambar-gambar yang ada sepanjang percutian tu..

Korang tau tak? mesti la tak tau kan.. πŸ˜† it was my first trip abroad, paling dekatpun aku 'bercuti balik hari' kat Takbai, Thailand.. tu pun naik bot secara 'hareeem...' hehehe... kira abroad jugak la kan.. hahaha.  aku ke sana ikut pakej QS Travel, abis la jugak RM3K++ (6H  5M),  semua ditanggung beres! termasuk tiket flight, penginapan, makan-minum dan tiket masuk ke tempat-tempat pelancongan yang dikenalpasti.  Korang juz bawak body je..

Sebaik sahaja sampai di Busan, tourist guide dah ready menunggu ala-ala drama korea  gitewww... kami menaiki bas pelancongan menuju ke hotel dan bermalam di Busan sebelum bertolak ke Seoul keesokan harinya.
Gambar blur, sbb dah nak malam, ni ler tempat yang mula-mula agent bawak sebaik saja sampai di Busan
Busan Tower

Hanwa Resort, Busan, tempat kami menginap
Kelebihan melancong dengan travel agent ni, korang takyah nak pikir pasal nak makan kat mana...? mana tempat halal? pas ni nak gi mana? pas tu nak buat apa? nak solat kat mana pulak nanti...? hah! dahhh...dah.. dah..  takyah pikir pasal semua tu...! diorang siap agenda dah, korang juz follow jek..  walaupun kadang-kadang semput gak aku disebabkan masa yang terhad, pastikan korang disiplinkan diri tepati waktu.

Menu lunch

Ni pulak kat restoran makanan Turkish..sesekali berwerstern la pulak!
Acara makan-makan bermula..ni kalo mak mertua lalu lalangpun confirm tak sedar..ihiks!

BIBIMBAP
Ni nak habaq kat korang semua, selalunya kalo sebut korea mesti ingat kat kimchi kan... ni hah aku nak perkenalkan bibimbap, ia jugak merupakan makanan tersohor kat sana.  Bibim bermaksud campur, dan bap ertinya nasi, so... jadilah ia nasi campur!πŸ˜‹ Bibimbap ni disediakan di dalam mangkuk batu yang dipanaskan.  Bermacam-macam jenis 'mak nenek' sayur yang dicampur dengan telur mentah.  Panas dari mangkuk tu yang akan buatkan telur mentah tu masak.  Memang sedap! Korang kena la try sendiri, lain tekak lain lak rasa.. ihiks!












Gambar selepas kejadian.













Ni la dia travel agent kami semasa di Korea, Sofie Onnie.  Comel lote jek orangnya, kecik molek... dan peminat Hyun Bin katanya, ahaks!

bersambung..




⇨ Cuti-cuti Seoul, Korea 2013 - Part 2




0 comments:

Post a Comment

 

Giblieta Nur HSN Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang