Menjejaki Kekasih Allah SWT
20 November 2018 (Selasa)
Pertama kali berada di bumi Madinah, hati tersangatlah kagum dengan kotanya yang tersusun indah, bersih dan tenang. Kami menginap di Hotel Dallah Taibah, yang betul-betul berhadapan dengan pintu 25, pintu masuk bagi kaum muslimat di Masjid Nabawi. Hati aku teruja nak bersolat di dalam masjid kepunyaan Nabi Muhammad SAW ni yang terkenal dengan payung gergasinya di sekitar kawasan masjid.
|
payung gergasi menghiasi Masjid Nabawi |
|
kenangan di Masjid Nabawi |
|
Hotel penginapan kami di Madinah |
Pada jam 7.00 pagi, kami berkumpul di lobi hotel untuk ziarah ke Maqam Nabi SAW, sahabat-sahabat Nabi SAW dan perkuburan Baqi. Kami dibawa oleh Ustaz Hadi, mutawif yang bertugas. Tazkirah ringkas mengenai Nabi Muhammad SAW amatlah menyentuh hati nurani kami. Masa tu, memang air mata tak dapat nak bendung lagi, betapa kasih dan sayangnya baginda terhadap kita sebagai umatnya ini. Berpeluang solat di Raudhah adalah kenangan yang tak dapat dilupakan, masing-masing berebut-rebut mengambil peluang ini, mana taknya.. disinilah salah satu tempat yang makbul doanya.
21 November 2018 (Rabu)
Bersiap-siap untuk ziarah luar di sekitar Madinah. Kali ini kami dibawa ke Masjid Quba', Jabal Uhud, Masjid Qiblatain (hanya boleh tengok dari atas bas je..huhu), Medan Perang Khandaq dan Ladang Tamar. Ladang tamar ni mula-mula tu aku bayangkan masuk ke ladang betul, rupa-rupanya masuk ke kedai jual tamar je...kiki... Untung la tokey kedai tamar tu, sebab semua bas di bawa tertumpu kat tempat dia. Hargapun boleh tahan mahal sikit daripada yang dijual di kedai-kedai biasa. Mungkin tempat pelancongan kot, so, tak boleh nak tawar menawar sangat. Kat situ, makanlah seberapa banyak yang korang nak, free je... tapi haram dibawak balik. Nak bawak balik, korang kenalah beli. Rata-rata penjual kat sana pandai berbahasa malaysia, so takde masalah sangat.
|
halal.. halal.. meh adik kakok pakat rasa buah tamar |
|
Masjid Quba' - Pahala solat di masjid Quba' ganjarannya sama dengan pahala mengerjakan umrah |
|
Jabal Uhud |
Balik dari solat Isyak, wajib singgah kat Restoran Kudu yang ala-ala McD tu. Mana la kitorang tak tergoda... ia betul-betul terletak berhadapan dengan hotel kami. Sesekali boleh la cuba, sebab harganya seketui, mak oiii....! kalah roti subway... hehehe....
|
Kudu Restoran - sabar menunggu order siap |
|
kudu beef - SA20 riyal |
|
ni pulak menu wajib tiapkali makan kat hotel Dallah Taibah |
22 November 2018 (Khamis)
Setelah 3 hari berada di Madinah, tibalah masanya untuk meninggalkan bumi barakoh ini. Masa amat mencemburui kami. Hari-hari terakhir di sini, kami manfaatkan sebanyak mungkin. Semoga Allah SWT memberi peluang untuk ziarah ke sini lagi. Kami berada di lapangan terbang Madinah seawal jam 6.30 petang. Sepatutnya flight kami jam 10.30 mlm, tetapi 2 jam delayed. Sabar je laa... teringat peristiwa semasa check in di lapangan terbang Madinah, 'kerusi solat' pulak kena tahan. Staf airport memberi isyarat tak boleh di bawa naik, padahal yang orang lain punya tu lepas je. Aku dengan perasaan tak puashati dan buat-buat muka kesian berdiri kat depan staf tu mintak balik kerusi kepunyaan bonda sambil menjelaskan yang kerusi tu untuk kegunaan solat. Alhamdulillah! nasib baiklah bila tau yang kitorang dari Malaysia, terus staf tersebut bagi balik dan siap ucap terima kasih.. aiikk...terbalik pulak dah... hahaha... kelakar sungguh!.
|
mana la flight kami ni tak sampai-sampai.. |
|
yahuu...! seronoknya! banyak seat kosong, sukahati kau la nak tido kat mana.. yippie! |
23 November 2018 (Jumaat)
Kami selamat tiba di KLIA jam 2.00 petang. Alhamdulillah! segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT dari awal hinggalah akhir. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan ibadah umrah kami. Jemputlah kami lagi Ya Allah! sama ada untuk melakukan ibadah umrah atau haji. Kenangan manis ini tidak ternilai harganya dan tak mungkin aku akan dapat dari mana-mana negara di dunia ini. Percayalah, sekali bila kita dah merasai kemanisan beribadat di bumi barokah, kita pasti akan merinduinya berkali-kali.
❦ T A M A T ❦
0 comments:
Post a Comment