Sunday, December 16, 2018

Umrah 2018: Ku Berbisik Ke Bumi, Namun Terdengar di Langit

Sujud itu Indah!  

Ya Allah! betapa Kau Maha Mendengar.  Keajaiban ini betul-betul terjadi pada diriku, doa di setiap sujud malam supaya dijemput menjadi tetamuNya akhirnya terlaksana tanpa diduga.  Keinginan untuk mengerjakan umrah dah lama terdetik dan merancang untuk pergi bersama suami dan anak selepas exam SPM 2019. Manusia hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan segalanya.  Perancangan dan niat asal untuk pergi bersama suami dan anak, tetapi  sebaliknya aku dijemput awal untuk pergi bersama Ayah & bonda tercinta.  Alhamdulillah! Sujud syukur! Terima kasih encik suami yang memberi hadiah sebuah 'keizinan' yang tidak ternilai harganya.




Segala persiapan dibuat ala kadar memandangkan tinggal 3 bulan jek lagi dari tarikh yang ditetapkan dan ini  merupakan umrah pertamaku dan umrah ke-2 bagi bonda.  Jauh di sudut hati berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya.  Sesekali timbul juga perasaan, "layakkah aku menjadi tetamuNya?...sudikah Dia menerimaku menjadi tetamuNya?".. "Adakah aku bersedia??".. dan macam-macam lagi bermain di fikiran.  Sebenarnya itu adalah bisikan dari syaitan untuk membuatkan kita menjauhkan diri dari Allah.  Nasihat aku, jika kita dapat peluang dan jemputan ke tanah suci, janganlah kata, "aku tak bersedia".. muhasabahlah diri kita, Allah SWT menyeru kita kerana dia menyayangi hamba-hambaNya, dan supaya kita berubah ke arah kebaikan.  Jika benar Allah SWT menginginkan hanya golongan alim ulama yang ke sana, kita semua tidak akan layak memasuki tanah suci, tidak mungkin kita akan layak, tetapi mengapa kita masih menerima jemputan dariNya?  Inilah peluang untuk kita memulakan satu perubahan, walaupun secara beransur-ansur.

Setiap kursus yang dianjurkan oleh pihak Rayhar kami hadir dengan tekun.  Ustaz pesan, nak buat umrah ni kena ada ilmu, kena tahu perkara yang wajib dan rukun umrah serta larangan-larangan di dalam ihram.

Perjalanan Menuju Cinta Ilahi

12 November 2018 (Isnin)

Alhamdulillah! tiba masa yang ditunggu-tunggu.  Sebelum kami bertolak ke KLIA Airport, bondaku mendapat panggilan telefon daripada pihak agent Rayhar mengatakan yang kami sekeluarga akan ditempatkan di hotel Al-Maqam tanpa dikenakan apa-apa caj tambahan.  Asalnya pakej hotel yang kami ambil murah sedikit daripada hotel yang kami dapat.   Allahu rabbi, Syukur sekali lagi, terharu sekejap, kat situ dah nampak dah Allah SWT memudahkan  urusan kami dari awal hingga akhir.

Pic Kenangan bersama family di KLIA sebelum berlepas

Semua jemaah diminta berkumpul di tingkat 5 KLIA untuk taklimat ringkas dan serahan pasport.  Jemaah dinasihatkan berpakaian ihram sebelum menaiki pesawat memandangkan rombongan kami akan memasuki Mekah dahulu.  Niat Ihram Umrah akan diumumkan oleh Kapten Penerbangan 1 1/2 jam sebelum mendarat.


masa perjalanan lebih kurang 8 jam melalui MH 8014


Alhamdulillah! Selamat tiba di Airport Jeddah jam 10.00 malam waktu saudi

13 November 2018 (Selasa)

Bertolak ke Mekah kira-kira jam 1:00 pagi dan singgah solat jamak takhir maghrib isyak di salah satu masjid.  Selamat sampai di Mekah Jam 3.00 pagi dan kami diminta berehat di hotel penginapan.  Selepas solat Subuh, kami dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah.  Sukar nak ku gambarkan perasaan sepanjang perjalanan menuju ke Kaabah untuk tawaf, seolah-olah hati ini berdebar-debar seumpama ingin berjumpa kekasih hati.  Pertama kali memandang kaabah, hati terpana dan jiwa terpaku.  Allahuakbar! betapa hebatnya kekuasaanMu Ya Allah! dan Ustaz mengingatkan  kami semua agar membaca doa sebaik saja memandang kaabah.

bersama ayahanda tercinta
bersama bonda tercinta
























Pemandangan selepas isyak di Masjidil Haram

Selesai tawaf, saei dan tahalul, maka berakhirlah pantang larang ihram kami.   Fuhh! Lega yakmat! hehe.. kami berehat-rehat di hotel penginapan sementara nak tunggu masuk waktu zohor.  Alhamdulillah! syukur sentiasa kerana tempat penginapan kami dekat je dengan masjidil haram, so.. boleh ler ulang-alik setiap masa tiapkali masuk waktu solat.  Biasanya aku pergi sejam awal untuk dapatkan tempat yang selesa.  Kat sana bermacam-macam orang yang kita akan jumpa, dan aku hanya memerhatikan saja.  Ada perempuan yang tidak menutup aurat sempurna, ada yang duduk berkumpulan sambil menghabiskan masa dengan bersembang, ada yang membaca Al-Quran dengan hanya tunjuk dengan jari sahaja, ada yang baring dan tidur menantikan waktu solat dan bermacam-macamlah.  Namun, mereka itu dan aku.... semuanya tetamu Allah SWT di tanah suci.

saie dari bukit safa ke marwah 7X.  Jangan lupa niat.

14 November 2018 (Rabu)

Masuk hari ke-3, kedengaran batuk-batuk dari rombongan jemaah kami dan tak ketinggalan jugak bondaku yang dah nampak tanda-tanda demam disebabkan kaki bengkak dan sakit lutut.  Jam 7.00 pagi, selepas breakfast, rombongan jemaah berkumpul di perkarangan hotel dan bertolak untuk ziarah tempat-tempat bersejarah dan seterusnya ke Taneem untuk  berniat umrah, tapi kali ni, masing-masing kena lakukan umrah secara persendirian tanpa bimbingan mutawwif.  Nasib baiklah ada ayahanda, walaupun sedikit uzur.. dapat juga bersama-samaku menyempurnakan ibadah umrah sunat ini.  Alhamdulillah! Sesungguhnya doa-doaku semasa sujud sebelum bertolak ke tanah suci ini ternyata terdengar di langit sana,  dimakbulkan Allah SWT.. walaupun di kiri-kanan.. depan-belakang,  ramai jemaah yang batuk-batuk, selsema dan sebagainya.  Syukur Alhamdulillah! Aku bebas dari semua jangkitan hinggalah selamat balik ke Malaysia.. hehehe..

Bukit Jabal Rahmah

Jabal Rahmah
 bergambar kat sini pun jadik lar..huuu
sebab arahan larangan melawat ke kawasan Jabal Nur telah dikeluarkan 
oleh Kerajaan Arab Saudi  berkuatkuasa April 2018

15 November 2018 (Khamis)

Acara persendirian.  Masing-masing boleh buat tawaf sunat bila-bila masa.   Nak tawaf kedaipun boleh. (Aku la tu.....ihiks..😆) Namun, harus diingat.. pahala solat berjemaah di Masjidil Haram ganjarannya 100 ribu pahala dari solat di mana-mana masjid-masjid lain.  So, betapa ruginya kalau kita tidak amik peluang ni, kaannn....!

mother-daughter

acara tawaf kedai bermula dengan kedai 3 riyal.. hek3

kedai aiskrim bersebelahan dengan hotel penginapan

perisa coklat-vanilla

hotel penginapan kami di Mekah

16-17 November 2018 (Jumaat-Sabtu)

Pertama kali dalam hidup, dapat solat Jumaat bagi aku yang bergelar wanita.  Pengalaman manis ini akan tersemat indah di dalam sanubari. Hari-hari berikutnya, bagi yang ingin membuat umrah sunat, pihak agent Rayhar menyediakan bas untuk membawa rombongan jemaah yang ingin berniat ihram di Jaaranah (time ni aku tak ikut sebab ayah bonda tak sihat), so.. aku perlebihkan tawaf sunat seorang diri.  Tawaf sunat yang paling besar ganjarannya ialah tawaf sunat selepas solat subuh dan asar.  Patutlah tiapkali time ni, jemaah yang bertawaf  teramatlah ramai.

perbanyakkanlah tawaf sunat

18 November 2018 (Ahad)

Ziarah kota Ta'if - kota kenangan semasa dakwah Nabi Muhammad SAW yang mana dakwah baginda ditolak oleh Penduduk Ta'if.  Sebelum bertolak, diwajibkan untuk buat tawaf wada' kerana perjalanan melebihi 2 marhalah.  Suhu kat sini lebih sejuk berbanding dengan tempat lain di Mekah, ala-ala Cameron Highland la gituuu kalau kat Malaysia.  Kat sini jugaklah tempat terhasilnya minyak wangi dari kelopak bunga ros dan air mawar Ta'if yang tersohor. Selain tu, kami turut dibawa ke pasar buah-buahan segar di sini.

kat kilang minyak wangi di Ta'if 

tergoda dengan harumannya,  last tapau  jugak...huu

Pasar buah-buahan: pilih jangan tak pilih.. tapi ingat bagasi jangan lebih muatan yer!

banyak lagi ni haah...

okay, dah.. jom balik!

Dalam perjalanan balik, kami singgah melawat di Muzium Al-Shareef yang menempatkan pelbagai artifak kuno barangan lama orang-orang Arab suatu ketika dahulu.  Kami sampai di hotel penginapan kira-kira dekat waktu isyak.  Penat tu memanglah penat, namun pengalaman ini amat berharga bagi mereka yang pertama kali melawat ke sini.

Muzium Al-Shareef

sebahagian koleksi artifak lama

lunch di Ta'if

Nasi Mandy yang sedap
kunafa - seriously sedappppp... lemak-lemak gitew! SA7 riyal

Hari Terakhir Di Mekah

19 November 2018 (Isnin)

Terasa masa berlalu begitu pantas.  Pejam, celik, pejam celik... rupa-rupanya dah seminggu kami kat  bumi Mekah.  Benarlah kata orang, bila kita sibuk beribadat di sini.. segala urusan kerja, masalah peribadi dan macam-macam perkara yang ada kat Malaysia sana kita terus lupa sejenak. Kekadang tertanya-tanya sesama sendiri, "hari ni hari apa ek???" sehingga ustazpun ketawa.

Malam sebelum bertolak ke Madinah, jemaah diingatkan oleh ustaz untuk membuat tawaf wada' (tawaf selamat tinggal).  Tawaf wada' boleh dibuat dengan separuh bilangan dahulu supaya kita dapat melakukan solat berjemaah di Masjidil Haram, dan selebihnya cukupkanlah baki tawaf wada' yang kita terhutang tu sehingga 7 pusingan.  Yang penting, niat tawaf tu jangan lupa. Semasa tawaf wada', aku turut berdoa kepada Allah SWT supaya dijemput lagi ke Mekah sama ada menunaikan haji atau umrah.  Terasa sayu dan sedih bila tiba saat nak tinggalkan Masjidil Haram ini.

Kami bertolak ke Madinah pada jam 9.15 pagi.  Sepanjang perjalanan menuju ke Madinah airmata menitis, sebak dan sayu apabila mengenangkan adakah aku dapat berpijak di bumi Mekah ini lagi.  Selamat tinggal Kota Mekah.  Aku pasti akan merinduimu!

Sebaik saja tiba di perhentian rehat, driver kami baru perasan terdapat sedikit kerosakan pada tayar bas kami, so..  terpaksalah menunggu dalam 2 jam jugak untuk proses tukar tayar dan sebagainya.  Alhamdulillah!  kami selamat sampai di Madinah lebih kurang jam 4.30 petang.

selepas solat subuh

Suasana selepas solat isyak
sekitar masjidil haram



.......bersambung ke entry sebelah   Umrah 2018:  Kota Madinah Al-Munawwarah





0 comments:

Post a Comment

 

Giblieta Nur HSN Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang